Tuesday, February 20, 2007

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?

Namun Adam tetap rindukan Hawa..

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menhasilkan bayang yang lurus..

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerananya nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal,
Di situlah puncak kekuatan dunia..

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu..
hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman..

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak..

Suburkanlah ia, kerana dari situla nantinya..
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb..
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah..
Sebaliknya di situ lah kasih dan sayang Allah..
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan..

Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus

bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya, andai wanita tidak kenal Rabbnya..
Bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan kesetiaan semata-mata..
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi
Pimpinlah diri kepadanya..
Jinakkan diri kepada Allah..
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu..
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah az-Zahra'

Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah..





setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya
Rahsia di hati tak siapa yang taHu.
Tidak perlu mencari teman secantik BalQis, andai diri tidak sehebat SuLaiman. Tidak perlu seteguh Ibrahim, andai diri tidak sekuat Hajar
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf, jika kasih tidak setulus ZulaiKha dan mengapa didamba teman hidup sehebat KhaDijaH, andai diri tidak sesempurna Rasulullah...